๐๐ข๐ฅ๐š ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ฌ๐ข๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐๐ข๐š๐๐š๐ฉ: ๐ƒ๐ซ. ๐Š๐ก๐š๐ฅ๐ข๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ซ ๐‚๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง ๐‹๐จ๐ฌ๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐€๐๐š๐›

Prof. Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas mempertegaskan bahawa punca utama krisis pemikiran Umat ialah kehilangan adab (loss of adab). Hakikat adab melepasi batas kesopanan luaran; ia adalah keupayaan intelek dan rohani untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak (rightful place).

Apabila sesuatu ilmu dicabut daripada tempat duduknya yang asal, kebenaran akan tersasar dan keadilan ilmu akan hilang.

Apabila seseorang mendakwa mahu mempertahankan "adab keilmuan" dan mengecam orang lain sebagai "parasit peradaban" yang mengkotak-kotakkan ilmu, tetapi pada masa yang sama beliau sendiri melanggar disiplin ilmu Hadis semata-mata untuk membela gagasan metafizik tertentu, di sinilah bermulanya kemerosotan adab yang sebenar.

Bila kita cermati tulisan Dr. Khalif Muammar, cermin yang beliau pegang untuk menuduh orang lain rupanya memantulkan bayangan diri beliau sendiri.

๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ƒ๐ฎ๐๐ฎ๐ค๐ง๐ฒ๐š

Dalam penulisan beliau, Dr. Khalif cuba mengharuskan sandaran kepada hadis-hadis yang disepakati oleh ahli hadis sebagai mawdu'(palsu), khususnya hadis popular โ€œ๐พ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข ๐พ๐‘Ž๐‘›๐‘ง๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘Ž๐‘˜โ„Ž๐‘“๐‘–๐‘ฆ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›โ€, atas alasan penentuan status hadis bersifat ijtihadi dan ilmu hadis kononnya telah "disempitkan menjadi ilmu periwayatan (riwayah)" semata-mata.

Apa yang menarik ialah penulis tidak mengemukakan sebarang kajian sanad terhadap hadith kuntu kanzan makhfiyyan. Sebaliknya, beliau berpindah kepada hujah autoriti (appeal to authority), iaitu menyatakan bahawa kerana hadith tersebut disebut oleh beberapa ulama besar seperti Ibn Arabi, al-Jili, al-Sha'rani, maka hal itu menjadi sandaran kukuh untuk menyokong kesahihannya. Sedangkan metodologi muhaddithin tidak menjadikan sekadar nukilan tokoh sebagai bukti bahawa sesuatu hadith itu sahih.

Ini merupakan satu bentuk pensekularan disiplin ilmu Hadis, iaitu mencabut penilaian kesahihan hadith daripada kerangka mustalah al-hadith yang telah dibangunkan oleh para muhaddithin melalui penelitian sanad, rijal dan 'ilal, lalu memindahkannya kepada autoriti tokoh-tokoh sufi, dakwaan kasyaf, dan taqlid buta kepada Ibn 'Arabi. Akibatnya, disiplin ilmu Hadis tidak lagi berdiri di atas kaedah ilmiahnya sendiri, sebaliknya ditundukkan kepada pertimbangan luar disiplin yang tidak pernah diiktiraf oleh para imam Hadis sebagai asas mensahihkan sesuatu riwayat.

Apabila disiplin riwayah dan dirayah hadis ditarik keluar daripada autoritinya, kita sebenarnya sedang meruntuhkan benteng terpenting yang menjaga ketulenan agama daripada pendustaan atas nama Nabi SAW.

๐Ÿ. ๐ˆ๐›๐ง '๐€๐ซ๐š๐›๐ข, ๐Š๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐Ÿ, ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ๐ฅ๐ข๐ง ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ

Mengapakah hadis Kuntu Kanzan begitu bersungguh-sungguh dipertahankan sehingga cuba diangkat tarafnya sebagai hadis yang boleh dijadikan sandaran? Jawapannya jelas: kerana hadis ini merupakan antara tiang utama yang menyokong binaan metafizik Ibn 'Arabi, yang kemudiannya menjadi asas kepada doktrin Wahdat al-Wujud dan Martabat Tujuh.

Marilah kita lihat sendiri pengakuan Ibn 'Arabi dalam al-Futuhat al-Makkiyyah (2/399):

ูˆุฑุฏ ููŠ ุงู„ุญุฏูŠุซ ุงู„ุตุญูŠุญ ูƒุดูุงู‹ุŒ ุบูŠุฑ ุงู„ุซุงุจุช ู†ู‚ู„ุงู‹ ุนู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุนู† ุฑุจู‡ ุฌู„ ูˆุนุฒ ุฃู†ู‡ ู‚ุงู„: ูƒู†ุช ูƒู†ุฒุงู‹ ู„ู… ุฃุนุฑู ูุฃุญุจุจุช ุฃู† ุฃุนุฑู ูุฎู„ู‚ุช ุงู„ุฎู„ู‚ ูˆุชุนุฑูุช ุฅู„ูŠู‡ู… ูุนุฑููˆู†ูŠ

"๐‘‡๐‘’๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘ ๐‘ข๐‘Ž๐‘ก๐‘ข โ„Ž๐‘Ž๐‘‘๐‘–๐‘  ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘–โ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ก ๐‘—๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘“, ๐‘›๐‘Ž๐‘š๐‘ข๐‘› ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ ๐‘Ž๐‘๐‘–๐‘ก ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข๐‘– ๐‘Ÿ๐‘–๐‘ค๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘…๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘™๐‘ข๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘†๐ด๐‘Š ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘‡๐‘ขโ„Ž๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Œ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐‘€๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘Ž, ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘“๐‘–๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘›: '๐ด๐‘˜๐‘ข ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘›๐‘ฆ๐‘–, ๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข ๐ด๐‘˜๐‘ข ๐‘ ๐‘ข๐‘˜๐‘Ž ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–. ๐‘€๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž ๐ด๐‘˜๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘ข๐‘˜, ๐‘™๐‘Ž๐‘™๐‘ข ๐ด๐‘˜๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘–-๐พ๐‘ข ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž, ๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘–-๐พ๐‘ข.'"

Perhatikan bahawa Ibn 'Arabi memperakui bahawa hadis ini tidak sabit secara naqal. Tetapi malangnya, beliau secara terang-terangan menisbahkannya sahih kepada Rasulullah, kemudian daripada Allah sebagai hadis Qudsi.. secara kasyaf.

Di sinilah timbul persoalan metodologi yang sangat besar. Jika sesuatu riwayat telah diakui sendiri tidak sabit daripada Rasulullah SAW menurut disiplin ilmu Hadis, bagaimana mungkin ia kemudiannya dijadikan asas bagi membina suatu kerangka akidah dan metafizik yang luas hanya kerana didakwa sahih melalui kasyaf?

๐Ÿ‘. ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐Œ๐ž๐ญ๐š๐Ÿ๐ข๐ณ๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ค๐ข๐๐š๐ก ๐€๐ก๐ฅ ๐š๐ฅ-๐’๐ฎ๐ง๐ง๐š๐ก

Akibat paling besar daripada mengenepikan disiplin Hadis bukan sekadar menerima sebuah riwayat yang tidak sabit. Lebih jauh daripada itu, riwayat tersebut dijadikan asas untuk membina teori metafizik yang dikaitkan sendiri oleh Ibn 'Arabi dengan pegangan Mu'tazilah.

Beliau menulis dalam al-Futuhat al-Makkiyyah (2/232):

ูููŠ ู‚ูˆู„ู‡: "ูƒู†ุช ูƒู†ุฒุงู‹" ุฅุซุจุงุช ุงู„ุฃุนูŠุงู† ุงู„ุซุงุจุชุฉ ุงู„ุชูŠ ุฐู‡ุจุช ุฅู„ูŠู‡ุง ุงู„ู…ุนุชุฒู„ุฉ

Terjemahan:

"๐‘ƒ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘๐‘‘๐‘Ž-๐‘๐‘ฆ๐‘Ž: '๐ด๐‘˜๐‘ข ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘›๐‘ฆ๐‘–' ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘›๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘› ๐ด'๐‘ฆ๐‘Ž๐‘› ๐‘‡โ„Ž๐‘Ž๐‘๐‘–๐‘ก๐‘Žโ„Ž, ๐‘–๐‘Ž๐‘–๐‘ก๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘€๐‘ข'๐‘ก๐‘Ž๐‘ง๐‘–๐‘™๐‘Žโ„Ž."

Di sinilah timbul persoalan yang masih belum pernah dijawab secara memuaskan oleh para pembela Ibn 'Arabi: bagaimanakah suatu konsep yang diakui berasal daripada Mu'tazilah boleh bertukar menjadi "hakikat" atau "maqam tertinggi" dalam tasawuf?

Anehnya, konsep yang dinisbahkan sendiri oleh Ibn 'Arabi kepada Mu'tazilah inilah yang hari ini dipertahankan atas nama "tasawuf tinggi", sedangkan akidah Mu'tazilah selama berabad-abad menjadi sasaran kritikan mutakallimin Ahl al-Sunnah.

Jika benar metafizik para arifin merupakan kemuncak makrifah, mengapa asasnya dikaitkan dengan mazhab akidah yang ditolak oleh Ahl al-Sunnah? Adakah jalan menuju kewalian, kasyaf dan martabat rohani yang tinggi mensyaratkan penerimaan konsep-konsep Mu'tazilah serta meninggalkan kerangka akidah Ahl al-Sunnah?