Teks al-Sabuni yang digagalfaham oleh golongan Taimiyun
Teks al-Sabuni seperti yang diterjemah dan difahami ini menunjukkan bahawa golongan Salafi Wahabi yang berpegang kepada fahaman tajsim dan falsafah tasybih yang mengandungi unsur-unsur kebatilan tidak memahami isu yang dibincangkan, apatah lagi teks yang mereka jadikan hujah dan rujukan.
Al-Imam al-Sabuni, seorang ulama al-Asy’ari, menyebut bahawa Allah mengurniakan kepada Ahli Sunnah kemampuan untuk mengenali dan memahami Allah dengan benar, iaitu dengan mengenal sifat-sifat Allah yang suci daripada sebarang bentuk tasybih (penyerupaan) dan takyif (menentukan bagaimana sifat-sifat tersebut). Sifat-sifat Allah tidak menyerupai makhluk-Nya walau sedikit pun; tidak ada cara, rupa, atau kebagaimanaan bagi-Nya.
Maksudnya, Allah memberi kefahaman kepada Ahli Sunnah tentang konsep tanzih, yakni menyucikan Allah daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk.
Harus diingat bahawa dalam falsafah Salafi Wahabi Taimiy, menafikan tasybih dianggap sebagai suatu perkara bidaah yang tidak pernah disebut secara jelas dalam al-Quran dan Sunnah. Mereka hanya menafikan tamsil, iaitu persamaan pada semua aspek, dan berpendapat bahawa nas al-Quran tidak secara terang menafikan tasybih.
Mereka hanya menafikan tamsil, tidak tasybih. Hal ini jelas dalam perkataan Ulama pujaan mereka seperti Ibn Uthaimin.
Kenyataan ini mengukuhkan lagi bahawa al-Sabuni adalah seorang Asy’ari kerana beliau menafikan tasybih, iaitu penyerupaan walaupun pada sedikit segi atau aspek.
Konteksnya amat jelas.
Namun, malangnya golongan yang berpegang kepada falsafah tajsim Salafi Ibn Taimiyah ini membuat kesimpulan daripada teks al-Sabuni di atas bahawa ayat-ayat sifat difahami secara zahir maksudnya. Pandangan ini ternyata keliru dan amat jauh daripada kehendak sebenar penulis.
Inilah kualiti kajian dan penilaian mereka yang, jika diibaratkan, tidak lebih daripada kanak-kanak kekurangan “susu Dugro” — kekurangan zat yang diperlukan untuk pertumbuhan intelektual yang matang.
Teks Ibn Uthaimin yang membantah penafian tasybih. Menurut beliau, yang dibenarkan hanya penafian tamsil.
Tamsil: Penyamaan pada seluruh segi
Tasybih: Penyamaan pada walau sedikit sudut