๐๐ข๐ฅ๐š ๐Œ๐ž๐ญ๐š๐Ÿ๐ข๐ณ๐ข๐ค ๐’๐ฎ๐Ÿ๐ข ๐…๐š๐ฅ๐ฌ๐š๐Ÿ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐€๐ค๐ข๐๐š๐ก ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐’๐ฎ๐ง๐ง๐š๐ก... ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐’๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐œ๐š?

Dalam karya Commentary on the Hujjat al-Siddiq, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa terdapat beberapa perbezaan asas antara metafizik kaum Sufi dengan pendekatan Mutakallimin Asha'irah. Bahkan dalam beberapa isu tersebut beliau secara jelas mentarjihkan pendirian Sufi (Falsafi) sebagai "the true position".

Antara tiga titik perbenturan tersebut ialah:

1) ๐‘ฐ๐’”๐’– ๐‘บ๐’Š๐’‡๐’‚๐’• ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰: Bagi Asha'irah, sifat Allah adalah ๐‘๐‘Ž'๐‘–๐‘‘๐‘Žโ„Ž '๐‘Ž๐‘™๐‘Ž ๐‘Ž๐‘™-๐‘๐‘Ž๐‘ก (lain daripada Zat secara konseptual). Manakala Sufi Falsafi menganggap Sifat dan Zat adalah identikal/sama dari sudut kewujudan. (Ini juga adalah pendapat muktazilah)

2) ๐‘ฐ๐’”๐’– ๐‘ท๐’†๐’๐’„๐’Š๐’‘๐’•๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’‚๐’Ž (๐‘ฌ๐’™ ๐‘ต๐’Š๐’‰๐’Š๐’๐’ ๐’—๐’” ๐‘จ'๐’š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‰๐’‚๐’ƒ๐’Š๐’•๐’‚๐’‰): Ahli Sunnah berpegang alam dicipta daripada tiada (ex nihilo). Sufi (falsafi) pula berpegang Allah mencipta (tajalli) daripada potensi entiti yang sedia ada dalam (A'yan Thabitah).

3) ๐‘ฐ๐’”๐’– ๐‘พ๐’–๐’‹๐’–๐’… ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’‰๐’Š๐’‚๐’‰ (๐‘ฌ๐’™๐’Š๐’”๐’•๐’†๐’๐’„๐’† & ๐‘ธ๐’–๐’Š๐’…๐’…๐’Š๐’•๐’š): Asha'irah menilai bahawa wujud dan mahiyyah tidak dapat dipisahkan pada semua peringkat (ini dakwaan al-Attas). Manakala Sufi menegaskan wujud dan mahiah adalah terpisah secara mutlak.

Apabila pandangan Sufi ini diangkat melebihi pegangan Mutakallimin, timbul persoalan mendalam tentang kesasihan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

---

๐€๐ฌ๐ก๐š'๐ข๐ซ๐š๐ก: ๐Œ๐ž๐ฆ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ง๐  ๐€๐ค๐ข๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐€๐ฌ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ฒ๐š

Bagi Asha'irah, setiap prinsip yang dibina bukan sekadar andaian falsafah, malah ia adalah benteng untuk memelihara tanzih (penyucian) Allah. Sifatย  diisbatkan sebagai Za'idah supaya tidak jatuh ke dalam faham Mu'tazilah yang menafikan sifat hakiki, yang berdiri di Zat Allah.

Penciptaan pula mestilah daripada ketiadaan mutlak (ex nihilo) supaya tidak jatuh ke dalam faham Qidam Alam (alam sedia ada/azali). Malah inilah asas tauhid menurut al-Junayd, iaitu mengkhususkan qidam hanya untuk Allah.

Tetapi apabila metafizik Sufi menganggap Sifat itu adalah juga Zat, dan penciptaan itu berasaskan A'yan Thabitah yang mempunyai pendengaran dan potensi sendiri, kerangka ini secara tidak langsung menyentuh garis sempadan pegangan asas Ahli Sunnah.

Kita cuba fokus kepada isu pertama dahulu. Cuba fikir:

Sejak bila akidah yang mendedahkan kepada fahaman Mu'tazilah boleh jadi pegangan 'Tasawuf Tingkatan Tinggi'?

Ibn Arabi berkata dalam Futuhat 1/42:

ุฃู„ุง ุชุฑู‰ ุงู„ุฃุดุงุนุฑุฉ ู…ุง ุฌุนู„ูˆุง ุงู„ุฅูŠุฌุงุฏ ู„ู„ุญู‚ ุฅู„ุง ู…ู† ูƒูˆู†ู‡ ู‚ุงุฏุฑุง ูˆุงู„ุงุฎุชุตุงุต ู…ู† ูƒูˆู†ู‡ ู…ุฑูŠุฏุง ูˆุงู„ุฃุญูƒุงู… ู…ู† ูƒูˆู†ู‡ ุนุงู„ู…ุง ูˆูƒูˆู† ุงู„ุดูŠโ€ุก ู…ุฑูŠุฏุง ู…ุง ู‡ูˆ ุนูŠู† ูƒูˆู†ู‡ ู‚ุงุฏุฑุง ูู„ูŠุณ ู‚ูˆู„ู‡ู… ุจุนุฏ ู‡ุฐุง ุฅู†ู‡ ูˆุงุญุฏ ู…ู† ูƒู„ ูˆุฌู‡ ุตุญูŠุญุง ููŠ ุงู„ุชุนู„ู‚ ุงู„ุนุงู… ูˆูƒูŠู ูˆู‡ู… ู…ุซุจุชูˆ ุงู„ุตูุงุช ุฒุงุฆุฏุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุฐุงุช ู‚ุงุฆู…ุฉ ุจู‡ ุชุนุงู„ู‰

"๐‘‡๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ก ๐ด๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž, ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘Ž ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐ท๐‘–๐‘Ž ๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘ข๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž, ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘˜โ„Ž๐‘ข๐‘ ๐‘ข๐‘ ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘ ๐‘ข๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐ท๐‘–๐‘Ž ๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘’โ„Ž๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘˜, ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘’๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘™๐‘Ž โ„Ž๐‘ข๐‘˜๐‘ข๐‘š ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐ท๐‘–๐‘Ž ๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐‘€๐‘’๐‘›๐‘”๐‘’๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘–? ๐‘†๐‘’๐‘‘๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘› '๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘’โ„Ž๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘˜' ๐‘‘๐‘Ž๐‘› '๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘ข๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž' ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘ข๐‘Ž โ„Ž๐‘Ž๐‘™ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘’๐‘ง๐‘Ž. ๐พ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘”๐‘–๐‘ก๐‘ข, ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘Ž๐‘–๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘–โ„Ž ๐‘๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘–๐‘ก๐‘ข '๐ธ๐‘ ๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘ ๐‘ ๐‘ข๐‘‘๐‘ข๐‘ก'? ๐ฟ๐‘’๐‘๐‘–โ„Ž-๐‘™๐‘’๐‘๐‘–โ„Ž ๐‘™๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘๐‘–๐‘™๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘– ๐‘ ๐‘–๐‘“๐‘Ž๐‘ก-๐‘ ๐‘–๐‘“๐‘Ž๐‘ก ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’ ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘  ๐‘๐‘Ž๐‘ก-๐‘๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘–๐‘“๐‘Ž๐‘ก-๐‘ ๐‘–๐‘“๐‘Ž๐‘ก ๐‘–๐‘ก๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘– ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘ก-๐‘๐‘ฆ๐‘Ž."

Lihatlah bagaimana Ibn 'Arabi secara terbuka mengkritik pegangan asas Asha'irah dalam bab sifat-sifat Allah. Baginya, penetapan sifat-sifat yang ๐‘ง๐‘Žฬ„'๐‘–๐‘‘๐‘Žโ„Ž '๐‘Ž๐‘™๐‘Ž ๐‘Ž๐‘™-๐‘‘โ„Ž๐‘Žฬ„๐‘ก menyebabkan tidak tepat lagi untuk mengatakan Allah itu "Esa dari setiap sudut". Sedangkan inilah antara asas utama akidah Ahl al-Sunnah yang dipertahankan oleh para mutakallimin.

Maka timbul persoalan: adakah ini juga akidah yang dianggap oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai "the true position" sehingga didahulukan ke atas pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah?

Jika pegangan yang menjejaskan konsep Sifat ini dibolehkan atas alasan "pengalaman kerohanian" atau kasyf, atas dasar apa lagi kita menolak fahaman lain seperti Wahhabi atau Syiah? Adakah mereka juga boleh diangkat sebagai 'wali' sekiranya mereka mendakwa mencapai maqam kerohanian tertentu?

---

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐’๐ฎ๐Ÿ๐ข ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ ๐€๐ฌ๐ก๐š'๐ข๐ซ๐š๐ก?

Imam Ahmad Zarruq r.a. - seorang tokoh sufi dan faqih besar -telah menetapkan kaedah emas (Qawa'id al-Tasawwuf) bahawa: Ahli Syariat dan Ulama Kalam lah yang menjadi hakim ke atas ahli hakikat (sufi), bukan sebaliknya. Syariat dan Kalam ialah neraca. Apabila wacana metafizik sufi mula menyalahkan atau mengatasi usul akidah Ahli Sunnah, hierarki ilmu ini telah terbalik.

Apa Guna Melaungkan Slogan "Asha'irah-Maturidiah"?

Jika dalam ketiga-tiga isu teras ini (Sifat, Penciptaan, dan Wujud) pegangan Asha'irah dianggap 'salah' atau 'cetek' berbanding sufi falsafi, maka apa gunanya institusi dan masyarakat hari ini menjeritkan slogan membela "Akidah Asha'irah dan Maturidiah"? Adakah Asha'irah hanya sekadar alat untuk orang awam, manakala golongan 'elit' bebas memakai akidah berbeza?

Mungkin selepas ini kita boleh melihat ada gerakan baru yang angkat slogan baru untuk perkasakan akidah sufi falsafi dan buat RUU Sufi Falsafi lepas ini.

---

๐’๐ž๐›๐š๐› ๐ˆ๐ญ๐ฎ ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐ˆ๐ง๐ข ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ณ๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ญ๐ข๐ฅ๐š๐ก

Mengangkat pandangan metafizik sufi mengatasi kerangka Mutakallimin Ahli Sunnah membuka pintu kepada relativisme akidah, di mana hukum-hukum kalam yang memelihara benteng fikrah umat dikesampingkan.

Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa syariat dan akidah kalam yang bersumberkan dalil qat'i adalah pasak utama. Mana-mana pandangan metafizik, sekiranya mendatangkan implikasi yang bertentangan dengan usul Ahli Sunnah โ€” mestilah ditundukkan di bawah neraca Syariat dan Kalam Sunni, bukan sebaliknya.