Dalam video ini, Ustaz Nasaie Hanaffie dengan tegas menyebut:
Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan Allah di atas Arasy dengan membawa tiga kemungkinan; sama ada Allah lebih besar, sama besar, atau lebih kecil daripada Arasy maka itu adalah kalam kufur!
Sedangkan Ibn Uthaimin -ulama besar Salafi- bukan sahaja tidak menolaknya, bahkan menyebut secara jelas bahawa tiga kemungkinan itu adalah “lazim akli” (implikasi logik akal) yang betul!
Malah, beliau memilih satu daripadanya iaitu Allah lebih besar daripada Arasy, dan menyokongnya dengan dalil-dalil dari hadis dan atsar sahabat.
Kalau kita ikut logik Ustaz Nasaie, maka Ibn Uthaimin sendiri sedang mengucapkan kalam kufur — nauzubillah.
Adakah ini contoh keterlanjuran dalam berhukum? Atau ini bukti bahawa logik yang ditolak mentah-mentah oleh Nasaie sebenarnya diterima oleh tokoh yang beliau segani?
📺 Tonton video penuh ini — kami bedah satu persatu kenyataan tersebut, dan anda sendiri nilaikan: siapa yang konsisten, siapa yang menghukum tanpa semak silang.