Amboi, tinggi betul "kasta" ilmu orang zaman sekarang ya? Lepas baca coretan Dr Khalif Muammar dalam jurnal beliau, rasa macam nak luruh jantung tengok cara "sarjana besar" kita menilai institusi pondok.
Kata Dr. Khalif Muammar, pengajian di pondok-pondok tak menjurus kepada perbahasan yang tinggi, malah ilmuwan yang lahir dari sistem pondok ni mempunyai "ILMU YANG TIDAK BEGITU MEMUASKAN"!
Hebat betul. Jadi selama ratusan tahun ni, tok-tok guru pondok yang pertahankan akidah umat di Nusantara ni cuma ajar ilmu gred bawahan la?
Seterusnya, beliau sebut kalau nak faham wahdatul wujud dan Martabat Tujuh, kena ada latihan ilmu metafizik, kalam, dan tasawuf yang tinggi, kalau tak ada latihan tu, takkan dapat faham dan huraikan.
Persoalannya... latihan tinggi dekat mana yang dimaksudkan tu? Dekat menara gading? Dekat kerusi empuk RZS-CASIS? Maknanya, nak kata guru dan madrasah dia sajalah ulama yang terpaling makrifat, terpaling tinggi metafizik, dan terpaling faham tentang Martabat Tujuh?
Tok-tok guru pondok yang menelaah kitab kuning, yang khatam lautan kitab turats dari fajar sampai ke malam tu dianggap tak cukup latihan dan "tak memuaskan"?
Habis tu, kitab Aqidatun Najin karangan Tuan Minal (Sheikh Zayn al-Abidin al-Fatani) yang Dr. sendiri petik tu, bukan lahir dan diajar di pondok ke? Kitab Siyarusalikin dan Hidayatusalikin Sheikh Abdus Samad al-Falimbani tu diajar dekat universiti sekular atau dekat pondok-pondok tradisional?
Janganlah sebab kita ada gelaran Profesor atau Dr., kita rasa silibus pondok tu lekeh sampai tuduh lulusan pondok tak cukup ilmu nak faham hal-hal ketuhanan. Jangan sampai nampak macam kita nak "monopoli" tuhan dan ilmu makrifat ni hak eksklusif kelompok elit akademik sahaja.
Tolong hormat sikit darah dan keringat para ulama pondok yang mengajar tanpa minta geran ratusan ribu, tapi melahirkan umat yang kenal Tuhan. Ke kena ada sijil universiti dulu baru dikira "memuaskan"?
Warga pondok, guru pondok, pelajar pondok... tak rasa tercabar ke ilmu tok-tok guru kita dituduh "tidak begitu memuaskan" macam ni?
Nanti kita kongsikan bagaimana warga pondok faham ayat "Awal agama mengenal Allah" dengan madrasah al-Attas memahami ungkapan tersebut.