Oleh itu, kita dapat melihat bahawa ulama Ahli Sunnah secara tegas mencela tasybih dan tamsil, bukan hanya tamsil sahaja. Maha Suci Allah daripada segala bentuk tasybih dan tamsil dengan makhluk.
Adapun pandangan Syeikhul Islam Ibn Taymiyah dan para pengikutnya, mereka hanya mencela tamsil sahaja, bukan tasybih.
Teks al-Sabuni seperti yang diterjemah dan difahami ini menunjukkan bahawa golongan Salafi Wahabi yang berpegang kepada fahaman tajsim dan falsafah tasybih yang mengandungi unsur-unsur kebatilan tidak memahami isu yang dibincangkan, apatah lagi teks yang mereka jadikan hujah dan rujukan.......